TULAR satu video dan gambar memaparkan mayat seorang lelaki berlumuran darah di bahagian pemandu kenderaan pacuan empat roda di Kampung Hutan Kuin dekat Machang, Kelantan pada petang Ahad.
Melalui maklumat awal yang dikongsikan oleh orang awam, lelaki berkenaan maut selepas terkena beberapa das tembakan.
“Kejadian tembak di Machang, pelaku dua orang menaiki kenderaan lain serta melepaskan beberapa tembakan,” kata individu berkenaan menerusi perkongsian audio.





