SEORANG pemandu lori membawa muatan gegelung besi disyaki bertindak memecut ketika memasuki selekoh, mendatangkan bahaya kepada pengguna jalan di Sekolah Islam Hidayah, Johor Bahru, Johor pada Jumaat.
Menerusi video tersebut, pemandu lori dilihat memandu dengan laju dan melulu ketika memasuki selekoh, dipercayai berlaku di Jalan Kg Maju Jaya menghala ke Senai, yang kemudiannya mengakibatkan gegelung besi jatuh bertaburan di atas jalan raya.
Video berdurasi 10 saat itu dimuat naik oleh akaun pengguna yang dikenali Community Roda Johor – CRJ pada Jumaat dan sehingga kini masih mendapat kecaman dari orang ramai.