PENUMPANG yang menaiki kapal terbang menghala ke Pulau Pinang pada Khamis berdepan detik cemas apabila kabin secara tiba-tiba dipenuhi kepulan asap, seperti mana sempat dirakam pengguna Facebook, Harrell Erik Wong.
Situasi berkenaan memaksa pesawat itu berpatah balik ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang, Selangor selepas kira-kira 15 minit berada di udara.
Pesawat dengan nombor pendaftaran 9M-FYG itu terpaksa berbuat demikian ketika mereka difahamkan berada sekitar Kapar menerusi maklumat diperolehi di laman sesawang Flightradar 24.