KEBIMBANGAN terhadap insiden tanah jerlus atau ‘sinkhole’ menyebabkan kematian seorang warga India di Masjid India, Kuala Lumpur pada 23 Ogos lalu nampaknya kini kembali menghantui rakyat Malaysia apabila tular sebuah video memaparkan keadaan jalan bahaya di sekitar kawasan sama baru-baru ini.
Menerusi video dikongsikan di X @update11111 pada Jumaat, kelihatan penutup simen terbuka dan tertutup dipercayai ditiup angin di berhampiran kawasan kejadian tanah jerlus itu berlaku.
Dalam video sama, kawasan jalan tersebut juga dipenuhi dengan gerai-gerai jualan dan beberapa orang awam.