SEORANG pemandu kereta bertindak membuat u-turn (pusingan U) secara melulu di sebuah jalan raya sehingga mendatangkan kecederaan kepada seorang penunggang motosikal yang dipercayai di Desaru, Kota Tinggi, Johor pada Ahad.
Menerusi video tersebut, pemandu kereta itu dilihat membuat pusingan U berbahaya di garisan berkembar (double line) meskipun kereta yang menghala dari arah bertentangan sedang bergerak.
Ekoran tindakan berbahaya itu, pemandu kereta tersebut gagal membuat pusingan bagi mengelak sebuah kenderaan yang dilihat hampir melanggarnya namun dilanggar sebuah motorsikal.