Viral

[VIDEO] Peniaga berang kena ‘pau’ lelaki menyamar polis di Kulim

KECOH di media sosial sejak jumaat berkenaan isu seorang peniaga yang mendakwa diperas ugut oleh seorang lelaki yang menyamar sebagai anggota polis di Kulim, Kedah.

Menerusi video yang dikongsikan oleh peniaga terbabit di Facebook pada Khamis, dia dilihat memarahi anggota palsu itu selepas sudah beberapa kali terkena ketika sedang berniaga di hadapan sebuah kilang ketika itu.

Peniaga terbabit, Razali Hassan, 36, mendakwa, lelaki yang memakai uniform lengkap seperti seorang anggota polis itu sudah lebih tiga kali datang ke lokasi tersebut dan meminta wang daripada semua peniaga yang berada di kawasan yang sama.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh

Pengumuman

Portal Majoriti ditamatkan operasi berkuat kuasa 31 Januari 2026.
Pembaca boleh menikmati kandungan gaya hidup dan hiburan terkini melalui www.mstar.com.my, manakala pelbagai resipi dan kulinari boleh didapati di www.kuali.com.