MENJADI penjawat awam nyata mempunyai cabaran yang tersendiri apabila perlu berdepan dengan bermacam kerenah rakyat setiap hari.
Ia tidak terkecuali ketika bulan Ramadan dengan pegawai penguat kuasa berdepan tugas lebih berat apabila perlu memastikan segala peraturan dipatuhi terutamanya di bazar Ramadan dalam kalangan peniaga.
Namun ia bukannya mudah, bagi pegawai penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), mereka perlu berdepan dengan kerenah peniaga yang kadang kala di luar batasan.