SEBUAH keluarga yang sedang menjamu selera di Medan Selera Tanjung Kling, Melaka berdepan detik cemas selepas satu kenderaan secara tiba-tiba mengundur dan merempuh meja makan yang diduduki mereka.
Kejadian mengejutkan itu dirakam dalam satu video berdurasi 21 saat yang tular sejak Sabtu.
Menerusi klip yang diambil daripada kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi, keluarga terbabit yang terdiri daripada tujuh individu termasuk beberapa orang kanak-kanak dilihat sedang makan di sebuah meja yang terletak di baris paling luar ruang medan selera terbabit.





