PENDUDUK di sekitar kawasan Bandar Elmina dekat Sungai Buloh, Selangor meluahkan rasa kecewa dan kesal dengan kehadiran sekumpulan mat rempit yang sering mengganggu ketenteraman di kawasan mereka.
Seorang pengguna X (Twitter), @EdhamOthman mendakwa gangguan bunyi itu menjadi semakin teruk ketika hujung minggu yang mana kebanyakan daripada mat rempit tersebut akan melakukan aktiviti lumba haram.
“Setiap hari Sabtu dan Ahad, mat dan minah rempit ini akan melepak di bulatan besar di Elmina itu.