Viral

[VIDEO] Penat-penat kumpul, suami isteri kesal bantuan hampir RM400 dikebas orang lain di Sungai Buloh

PELBAGAI kes melibatkan penyalahgunaan bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dikongsikan di media sosial apabila penerima mengeluh selepas terdapat pihak lain dengan mudah menggunakannya.

Insiden sedemikian kerap berlaku apabila kad pengenalan tercicir atau dicuri mana-mana individu tidak bertanggungjawab sehingga menyaksikan bantuan RM100 itu habis digunakan.

Kes terbaru melibatkan isu berkenaan mula tular di media sosial sejak Khamis setelah pengguna TikTok, nizamdyy memuat naik sebuah rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di akaun peribadinya.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh