SEORANG pemuda sanggup untuk ‘korbankan’ kad Touch n Go (TNG) miliknya untuk membolehkan seorang wanita melepasi tol di sebuah lebuh raya.
Menerusi perkongsian di laman X (Twitter), seorang pemuda yang melalui Lebuh Raya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Klang (SUKE) terkejut apabila melihat seorang wanita yang dipanggil aunty sedang berjalan untuk mendapatkan bantuan.
Pemuda yang melalui lorong TNG itu kemudiannya memberhentikan keretanya lalu bertanyakan kepada wanita tersebut apakah masalah yang dialaminya.