SEORANG pempengaruh wanita dari Taiwan yang dikenali sebagai Guava Beauty disahkan meninggal dunia secara mengejut pada usia 24 tahun.
Kematian beliau mencetuskan pelbagai spekulasi termasuk kemungkinan akibat keracunan bahan kimia daripada kandungan videonya yang sering melibatkan aksi makan produk kosmetik.
Guava Beauty sebelum ini terkenal di media sosial kerana penampilan comel dan idea kandungan yang luar biasa.