TULAR sebuah video memaparkan pemandu kenderaan utiliti sukan (SUV) merempuh sebuah kereta di sebuah lebuh raya berhampiran lampu isyarat baru-baru ini.
Menerusi video rakaman yang dikongsikan oleh @nanmanjoi8715 di Twitter (X) pada Rabu, pemandu yang dipercayai seorang remaja berumur 14 tahun melanggar lampu isyarat sebelum merempuh sebuah kenderaan yang melalui kawasan tersebut.
Dalam rakaman yang sama, difahamkan lokasi kejadian tidak dapat dikenal pasti.





