TULAR sebuah video memaparkan beberapa anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) yang dipercayai memaksa pemandu untuk keluar daripada kereta di Jalan Sapi Nangoh, Beluran, Sabah pada Khamis.
Menerusi video yang dimuat naik di Facebook Sabah Revolusi, kejadian tersebut berlaku di Pusat Pemeriksaan di lokasi itu.
Dalam video itu, beberapa anggota tersebut dilihat menjerit ‘turun’ sambil menghalakan senjata ke arah kereta berkenaan.





