PASAR malam di Taman Connaught, Cheras, Kuala Lumpur kini menjadi tumpuan bukan sahaja pengunjung yang ingin membeli-belah, tetapi juga ‘pencopet’ yang licik mencuri barangan peniaga dan orang ramai.
Perkara itu terbongkar selepas satu video tular di laman Facebook, Kaki Viral memaparkan taktik luar biasa digunakan sekumpulan individu dipercayai warga asing yang terlibat dalam kegiatan mencuri di kawasan berkenaan.
Rakaman berdurasi kurang dua minit itu menunjukkan dua wanita dan seorang lelaki bergerak dalam satu kumpulan seperti sudah bersedia dengan helah untuk melakukan kegiatan mereka.





