SATU kemalangan maut dilaporkan berlaku di Jambatan Pulau Pinang, George Town, Pulau Pinang melibatkan sebuah lori dan motosikal serta tiga lagi kereta pada awal pagi Sabtu.
Difahamkan, mangsa maut adalah dua individu yang menaiki motosikal terlibat.
Menerusi maklumat awal dikongsikan orang awam di media sosial, kejadian tersebut didakwa berpunca daripada sebuah kereta yang dipercayai dipandu secara laju dan berbahaya, dipercayai berlumba.