TULAR satu video memaparkan sebuah kenderaan jenis Perodua Myvi melawan arus di sebuah lebuh raya di Johor hingga hampir menyebabkan kemalangan.
Difahamkan, kejadian itu berlaku Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) di Johor dan melalui maklumat awal yang dikongsikan, kejadian itu berlaku pukul 4.13 petang Ahad.
Insiden itu turut berjaya dirakam kamera papan pemuka kenderaan (dashcam) orang awam yang berada di tempat kejadian.





