TULAR satu video pada Sabtu memaparkan tindakan seorang individu menggunakan senapang bagi menembak mati burung gagak liar yang berterbangan di sebuah kawasan dipercayai sekitar Petaling Jaya, Selangor.
Menerusi klip berdurasi 21 saat itu, seorang lelaki yang sedang duduk di belakang kenderaan pacuan empat roda dilihat melepaskan tembakan ke arah kawanan burung gagak yang sedang berterbangan.
Seekor burung gagak yang menjadi sasaran individu tersebut kemudiannya dilihat terjatuh dipercayai selepas terkena tembakan tersebut.






