Viral

[VIDEO] Nasib baik anak peka, warga emas dan adik OKU nyaris jadi mangsa penyamun bersenjata

TINDAKAN pantas seorang anak yang peka memeriksa rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berjaya menyelamatkan ibunya serta adiknya yang merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) daripada menjadi mangsa samun bersenjata di Palong 7/8, Gemas, Negeri Sembilan pada Selasa. 

Dalam kejadian kira-kira pukul 6 petang pada Selasa (14 Oktober), suspek lelaki berpakaian serba hitam dan bertopi dilihat memasuki laman rumah mangsa sebelum cuba membuka pintu utama kediaman berkenaan yang ketika itu berkunci.

Berdasarkan rakaman CCTV yang dikongsi laman Community Roda Johor – CRJ, suspek kemudian dilihat memakai topeng muka dan bertindak agresif apabila merempuh pintu rumah tersebut untuk masuk ke dalam.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh