Viral

[VIDEO] ‘Mulianya hati dia’, tindakan pekerja J&T bersihkan kaca pecah di Arau buat ramai tersentuh

TINDAKAN spontan seorang pekerja penghantaran J&T membantu membersihkan serpihan kaca di atas jalan raya menarik perhatian ramai selepas video berkenaan tular di media sosial. 

Menerusi rakaman video yang dikongsikan oleh akaun TikTok @abangcamera baru-baru ini, kelihatan individu berkenaan yang dikenali sebagai Along J&T berhenti di tepi jalan sebelum mengambil penyapu dan penyodok untuk membersihkan kaca berkecai di atas jejambat pekan Arau, Perlis. 

Tindakan tersebut nyata menyentuh hati warga maya yang memuji sikap prihatin lelaki itu walaupun kerja berkenaan bukan tanggungjawabnya.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh

Pengumuman

Portal Majoriti ditamatkan operasi berkuat kuasa 31 Januari 2026.
Pembaca boleh menikmati kandungan gaya hidup dan hiburan terkini melalui www.mstar.com.my, manakala pelbagai resipi dan kulinari boleh didapati di www.kuali.com.