SEORANG wanita hanya mampu berputih mata setelah rantai emas miliknya diragut seorang penunggang motosikal dalam satu kejadian di Jalan Kebun Sultan dekat Kota Bharu, Kelantan pada Rabu.
Insiden itu turut berjaya dirakam kamera litar tertutup (CCTV) Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) di lokasi kejadian.
Video kejadian itu turut dirakam dan dimuat naik semula pengguna media sosial, Yu KH miliknya pada Khamis.





