Viral

[VIDEO] MPV polis terlibat kemalangan di Taiping lepas suspek dikejar baling besi

SEBUAH unit kereta peronda (MPV) polis terlibat kemalangan selepas hilang kawalan ketika mengejar sebuah kenderaan pacuan empat roda dalam kejadian di Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah Utara berdekatan Taiping, Perak pada Isnin lalu.

Difahamkan, nahas sekitar pukul 7.09 petang itu terjadi selepas suspek yang memandu kenderaan jenis Toyota Hilux bertindak melemparkan objek besi ke arah kereta polis terbabit sehingga menyebabkannya terbabas dan melanggar penghadang jalan.

Rakaman video mengenai kejadian tersebut turut tular yang memaparkan sebuah kenderaan pacuan empat roda dipandu secara berbahaya di lebuh raya terbabit dan sedang dikejar oleh pihak polis.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh