SEORANG pengguna akaun Facebook, Mohd Fuad menyuarakan kekecewaannya terhadap tahap keselamatan di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar, Johor selepas motosikal ditunggang bersama isterinya terbakar pada Ahad lalu.
Dalam satu video tular, kenderaan yang difahamkan miliknya kelihatan dijilat api, namun penunggang tersebut tidak kelihatan berhampiran motosikal berkenaan.
Insiden itu menimbulkan persoalan mengenai tahap kecekapan petugas dan prosedur keselamatan di bangunan berkenaan yang tidak memiliki alat pemadam api berfungsi.