ORANG ramai dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki di dalam sebuah kereta di tepi semak dalam kejadian pada Jumaat.
Kejadian itu dipercayai berlaku di Pontian, Johor.
Difahamkan, mangsa yang ditemui berada di dalam kereta jenis Toyota Vios itu berumur 31 tahun.
Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh
BACA LAGI: PM Anwar beri jaminan selesai isu berkaitan MA63
BACA LAGI: Jemaah haji kedua Malaysia meninggal dunia kena serangan jantung ketika tawaf
Keadaan kerusi tempat duduk pemandu dalam kereta tersebut.
Video mengenai penemuan mayat tersebut tular di media sosial.
Menerusi gambar tular di media sosial menunjukkan keadaan kerusi pemandu di dalam kereta terbabit yang kelihatan seolah-olah dibaringkan.
Selain itu turut kelihatan kuali berisi arang dibakar dan bekas plastik berisi arang di tempat duduk penumpang.
Ramai percaya mangsa mungkin meninggal dunia akibat keracunan karbon monoksida.
Berdasarkan info awal, Pasukan Keluaran Operasi (PKO) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) mengeluarkan mayat untuk diserahkan kepada pihak polis.
Ketua Polis Daerah Pontian, Superintenden Mohamad Shofee Tayib berkata, laporan mengenai penemuan mayat di dalam sebuah kereta di hadapan reban ayam itu diterima pada pukul 12.45 tengah hari.
“Hasil siasatan awal yang dijalankan, mendapati mayat lelaki tempatan berusia 31 tahun yang berada di kerusi pemandu itu dipercayai telah mati beberapa hari. Ia berdasarkan keadaan mayat yang sudah mengalami proses pereputan.
“Siasatan awal juga mendapati si mati merupakan orang yang pernah dilaporkan hilang sejak 21 Mei lalu. Pihak keluarga telah dimaklumkan tentang kejadian dan diminta hadir ke Hospital Pontian untuk pengecaman. Mayat telah dihantar ke Hospital Pontian untuk proses bedah siasat,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Menurut Mohamad Shofee, setakat ini, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian ini, diminta menghubungi terus talian Hotline IPD Pontian 07-6869999,” ujarnya.
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pontian, Penolong Penguasa Bomba, Azhar Abd Jalil berkata tujuh anggota dihantar bagi membantu mengeluarkan mayat dari kereta tersebut. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram