SEORANG remaja lelaki berdepan detik cemas apabila dia disamun seorang individu bertopi keledar ketika di dalam sebuah lif kediaman pangsapuri dekat Johor Bahru, Johor pada Ahad.
Insiden itu bermula apabila remaja terbabit didatangi dua individu yang meluru ke dalam lif berkenaan.
Namun, salah seorang daripadanya kemudiannya beredar dari situ dan meninggalkan rakannya untuk memulakan kegiatan jenayah tersebut.





