TULAR satu kemalangan ngeri di Kilometer (KM) 49.4 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) sebelum susur keluar Alor Setar (Selatan) memaparkan beberapa pengguna jalan raya bergelimpangan.
Berdasarkan beberapa rakaman di media sosial, kelihatan kira-kira tiga mayat bertaburan di atas lebuh raya tersebut dengan kesemua dari mereka difahamkan melanggar Proton Exora berwarna merah yang berhenti di bahu jalan.
Menurut perkongsian pengguna Facebook, Rabiatul Adawiyah, kemalangan berpunca apabila dua buah motosikal ditunggang mangsa melanggar kereta yang diletakkan di tepi jalan itu, namun tidak dipastikan sama ada lampu kecemasan dipasang atau tidak.