SEORANG penunggang motosikal mempamerkan kelakuan biadab apabila didakwa sengaja menggunakan lorong kanan ketika menunggang di Lebuhraya Pan Borneo pada Ahad.
Dalam video tular berdurasi seminit empat saat itu memaparkan lelaki terbabit menunggang laju di laluan berkenaan sambil diekori beberapa lagi penunggang dipercayai rakannya.
Mempamerkan gaya tunggangan seperti pelumba motosikal berkuasa tinggi, lelaki berjaket hitam dan bertopi keledar kuning itu kekal menggunakan lorong kanan meskipun beberapa kali dihon oleh pemandu dari arah belakang.





