TULAR satu video merakamkan kejadian seorang warga Singapura yang dipercayai mengisi kenderaannya dengan menggunakan minyak petrol subsidi (RON95) di sebuah stesen minyak di dalam negara.
Bagaimanapun, tindakan tersebut dikesan seorang lelaki yang tampil menegur perbuatan individu terbabit.
Di dalam klip berdurasi 27 saat yang tular sejak Ahad, lelaki yang merakam insiden berkenaan didengar memarahi individu itu dan mempersoalkan tindakannya yang cuba mengisi minyak subsidi ke kereta yang menggunakan nombor plat pendaftaran Singapura.





