Viral

[VIDEO] Lereng bukit terhakis, hujan lebat akibatkan tanah runtuh di Taman Melawati

HUJAN lebat sejak awal pagi Selasa mengakibatkan kejadian tanah runtuh di Jalan E6, Taman Melawati dekat Ampang, Selangor pada Selasa.

Berdasarkan video yang dikongsikan di laman X, @OwToTheZie kejadian tanah runtuh dilihat berlaku berhampiran kawasan perumahan penduduk.

Lebih menakutkan, terdapat hakisan di beberapa kawasan lereng bukit dan aliran air deras di kawasan itu turut menyebabkan beberapa pokok tumbang berhampiran rumah dan kenderaan milik penduduk.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh

Pengumuman

Portal Majoriti ditamatkan operasi berkuat kuasa 31 Januari 2026.
Pembaca boleh menikmati kandungan gaya hidup dan hiburan terkini melalui www.mstar.com.my, manakala pelbagai resipi dan kulinari boleh didapati di www.kuali.com.