SEORANG lelaki mengalami kecederaan parah putus tangan selepas dipercayai terlibat dalam satu kemalangan di Taman Tiram Baru, Ulu Tiram, Johor pada Jumaat.
Dalam kejadian tersebut, lelaki berkenaan yang menaiki motosikal difahamkan terlibat kemalangan bersama sebuah lori treler.
Impak daripada perlanggaran berkenaan, mangsa dilihat cedera parah dan terduduk di hadapan treler berkenaan yang sudah berhenti dalam keadaan tangan kanannya terputus dari badan.





