Viral

[VIDEO] Lelaki maut Axia ‘makan jalan’ di selekoh bertembung lori di Cherating

SEORANG lelaki maut selepas kenderaan dipandunya terbabas sebelum bertembung dengan sebuah lori dekat Jalan Kuantan – Kemaman, Cherating, Pahang pada petang Khamis.

Kejadian yang difahamkan berlaku di selekoh berdekatan pusat peranginan, Club Med Cherating itu turut dirakam menerusi kamera papan pemuka milik lori terbabit.

Berdasarkan klip tersebut, kenderaan jenis Perodua Axia berwarna putih yang dipandu mangsa dilihat terbabas dan memasuki jalan bertentangan sebelum bertembung dengan lori yang sedang melalui laluan berkenaan.

WhatsApp Image 2023-10-19 at 8.05.15 PM

Keadaan kereta dinaiki mangsa (kiri) ekoran kemalangan maut yang melibatkan sebuah lori di Jalan Kuantan – Kemaman, Cherating, Pahang pada petang Khamis. — Facebook/OrangAwam

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh

Pengumuman

Portal Majoriti ditamatkan operasi berkuat kuasa 31 Januari 2026.
Pembaca boleh menikmati kandungan gaya hidup dan hiburan terkini melalui www.mstar.com.my, manakala pelbagai resipi dan kulinari boleh didapati di www.kuali.com.