ORANG awam berjaya menangkap seorang lelaki dipercayai terlibat dalam kes jenayah di Pekan Alor Pongsu, Perak pada Sabtu.
Menerusi video yang dimuat naik di Facebook Bagan Sarai Kampung Halamanku, seorang lelaki dilihat berada dalam keadaan duduk sambil diawasi oleh orang ramai di sekelilingnya ketika itu.
Dalam video berdurasi kurang satu minit itu juga, kedengaran perakam mendakwa berlakunya kes ragut yang melibatkan lelaki berkenaan.





