SEORANG lelaki dipercayai mabuk pengsan dalam insiden pergaduhan yang berlaku di sebuah kedai runcit baru-baru ini.
Punca kejadian dikatakan tercetus akibat perbalahan antara dua individu yang kemudiannya mengakibatkan pergaduhan selepas lelaki bersinglet putih itu ditumbuk dan ditendang berkali-kali.
Selepas dicabar beberapa kali, individu berkenaan terlebih dahulu menyerang lelaki berbaju putih dan berseluar biru itu sebelum dia ditumbuk sehingga terkulai di lantai.





