BARU–BARU ini, tular satu video memaparkan persembahan lagu ciptaan kugiran terkenal tanah air, Spider, bertajuk Cinta Dewa Dewi yang diubah suai suara dan lirik dengan pengisian berunsur politik.
Menerusi klip tersebut, vokalis kumpulan tersebut, Tam dilihat sedang bermain gitar di atas pentas dipercayai dalam satu acara di universiti tempatan.
Video berkenaan terlebih dahulu dimuat naik oleh satu akaun TikTok, salahuddin.ayubi491 pada Selasa lalu.






