LAGU Cicak ciptaan lagenda dikir barat Kelantan, Allahyarham Cikgu Naim kembali mencuri perhatian apabila tular di platform TikTok, malah kedengaran dipasang di jalanan ibu kota Denmark.
Fenomena itu bermula selepas satu akaun TikTok, kaspermoose.vn, memuat naik video memperdengarkan lagu tersebut menerusi pembesar suara sambil berjalan di kawasan tumpuan ramai di negara berkenaan.





