TULAR satu kemalangan melibatkan sebuah kenderaan pelanggan yang sedang dipandu uji dipercayai oleh pekerja bengkel kereta dalam kejadian di Puncak Alam, Selangor.
Klip mengenai insiden itu dimuat naik di laman X oleh, druglordfxdl pada Khamis.
Berdasarkan rakaman dikongsikan, sebuah kereta jenis Honda Accord difahamkan terbabas sebelum merempuh beberapa buah kenderaan lain yang diparkir di kawasan pusat perdagangan komersial tersebut.