Viral

[VIDEO] ‘Kereta tiba-tiba berpusing hilang kawalan’, gadis panik kemalangan ditenangkan rider, muncul bantu kawal trafik

SEORANG gadis meluahkan rasa syukur dan terharu apabila seorang penghantar makanan sanggup berhenti dan membantu selepas dia terlibat dalam kemalangan di sebuah lebuhraya pada Selasa.

Perkongsian oleh pengguna laman Threads, @vnytta.p, mendapat perhatian ramai selepas dia menceritakan detik cemas yang hampir meragut nyawanya, sebelum diselamatkan oleh lelaki yang tidak didedahkan namanya itu yang kebetulan melalui lokasi kejadian.

Menurut gadis berkenaan, kemalangan itu berlaku secara tiba-tiba ketika dia sedang memandu, dan keadaan jalan yang sibuk membuatkannya panik serta bimbang kenderaan lain mungkin tidak sempat mengelak.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh