SEORANG pengguna media sosial, Rizwan Kamarulzaman berkongsi detik cemas sewaktu menemui mayat reput di dalam sebuah kereta yang diparkir di sebuah pusat beli-belah terkemuka di Kuala Lumpur.
Begitupun, kejadian yang berlaku pada 25 Januari lepas itu hanya mula tular selepas sebuah rakaman memaparkan detik-detik penemuan mayat itu dimuat naik Rizwan ke media sosial pada Khamis.
Rizwan mendakwa, pada awalnya dia tidak menyedari kewujudan mayat tersebut.





