SUSULAN bencana banjir yang melanda Rantau Panjang, Pasir Mas, Kelantan baru-baru ini, penduduk mula menzahirkan rasa kecewa dan sedih atas nasib malang dihadapi setiap tahun itu.
Menyifatkan ia sebagai satu isu yang tiada penyelesaian, rata-rata penduduk mendakwa Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok sebagai punca utama kepada situasi banjir dihadapi di negeri terbabit.
Projek itu yang digelar sebagai ‘benteng puaka’ oleh segelintir masyarakat, dianggap sebagai perancangan yang gagal kerana telah menghalang laluan air di sekitar kawasan Rantau Panjang dan Tumpat, Kelantan.





