MISTERI seorang kanak-kanak bermain bersendirian di tengah-tengah lebuh raya Pan Borneo dekat Serian Sarawak sehingga hampir dilanggar orang awam terungkai selepas ibu saudaranya tampil membuat kenyataan di laman media sosial.
Menerusi ruangan komen TikTok Majoriti, wanita terbabit Nurul Huwaina Hussin memaklumkan anak buahnya itu bukanlah sengaja diabaikan seperti yang didakwa segelintir warga maya.
Jelasnya, kanak-kanak tersebut merupakan anak istimewa yang menghidap autisme dan berkemungkinan terlepas keluar daripada rumah pengasuh pada waktu kejadian.