Viral

[VIDEO] Ibu dua anak maut kemalangan motosikal di lampu isyarat Gombak

SEORANG wanita yang juga ibu kepada dua orang anak maut selepas motosikal dinaikinya terlibat dalam satu kemalangan di persimpangan lampu isyarat dekat Taman Greenwood, Gombak, Selangor, pada Rabu.

Difahamkan, kemalangan melibatkan mangsa yang dikenali sebagai Saidatul Nisa itu berlaku sekitar pukul 3 petang.

Berdasarkan foto dikongsikan orang awam, mangsa yang dipercayai sudah meninggal dunia di tempat kejadian dilihat terbaring di atas laluan kiri jalan, tidak jauh dari sebuah lori yang turut berada di persimpangan lampu isyarat terbabit.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh

0%