“BENAR kata pepatah, manusia lebih kejam dari binatang,”.
Itulah luahan sayu saudara kepada Nurul Asikin Lan yang maut dipercayai dibunuh dan mayatnya dibuang di Samajaya, Tabuan Jaya dekat Kuching, Sarawak setelah dilaporkan hilang lebih seminggu yang lalu pada Sabtu.
Dakwa Satila Layla, sepupunya yang berusia 26 tahun tidak dapat dihubungi selepas keluar bersama lelaki yang baharu sahaja dikenalinya pada 5 Disember lalu.