TINDAKAN seorang lelaki yang mendakwa dirinya ‘dilepaskan’ selepas membayar RM100 kepada anggota polis bagi mengelak ditahan memandu dalam keadaan mabuk, mengundang kecaman ramai di media sosial.
Menerusi satu video tular berdurasi kurang seminit yang dimuat naik oleh pengguna X (Twitter) @bumilangit pada Rabu, lelaki berkenaan dengan selamba menceritakan bagaimana dia kononnya membayar sejumlah wang kepada pihak polis untuk melepaskan diri.
“Tengok tu, minum-minum, kena polis punya tangan. Kena berapa? Seratus. Bagilah dia,” katanya dalam video tersebut sambil ketawa.





