Viral

[VIDEO] Feri bawa lebih 500 penumpang terkandas, dipercayai tersangkut beting pasir di perairan Kuala Perlis

SEBUAH feri membawa seramai 567 orang penumpang dari Kuala Perlis, Perlis ke Pulau Langkawi, Kedah dipercayai terkandas di beting pasir dekat perairan Kuala Perlis pada Isnin.

Difahamkan, Feri Bahagia 168 itu berlepas kira-kira pukul 2.30 petang sebelum terkandas akibat air surut di sekitar kawasan berkenaan.

Perkongsian video tular di laman Facebook memaparkan insiden terbabit dengan beberapa penumpang dilihat cuba ditenangkan beberapa kru petugas feri itu.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh

Pengumuman

Portal Majoriti ditamatkan operasi berkuat kuasa 31 Januari 2026.
Pembaca boleh menikmati kandungan gaya hidup dan hiburan terkini melalui www.mstar.com.my, manakala pelbagai resipi dan kulinari boleh didapati di www.kuali.com.