“GILA, kurang siuman”, hanya itulah kata-kata yang mampu diungkap pengguna aplikasi WhatsApp apabila melihat video seorang penunggang motosikal memukul dan menendang seorang warga emas selepas kedua-duanya terlibat dalam satu kemalangan baru-baru ini.
Difahamkan dalam kejadian yang berlaku pada Jumaat tersebut berpunca daripada sikap cuai penunggang lelaki berkenaan yang menunggang dengan laju.
Kejadian itu juga berjaya dirakam kamera papan pemuka (dashcam) orang awam yang berada di lokasi kejadian, namun begitu tidak dinyatakan lokasi sebenar insiden tersebut berlaku.





