KES buli di jalan raya tidak pernah kehabisan, semakin hari kian menjadi-jadi sehingga mengundang pergaduhan serta kematian.
Terbaharu, tular satu video melibatkan seorang pemandu kenderaan jenis Honda Accord didakwa membuli seorang penunggang motosikal.
Difahamkan kejadian itu berlaku pada Ahad lalu berdasarkan catatan waktu kamera papan pemuka (dashcam) kenderaan orang awam, namun tidak dinyatakan lokasi sebenar kejadian.





