Suria7

Viral

[VIDEO] Drama tepi jalan disyaki punca sportbike ditunggang pemain dram rempuh 4X4 di LPT Pahang

SEORANG lelaki maut selepas motosikal yang dinaikinya merempuh kenderaan pacuan empat roda di sebuah lebuhraya di Pahang pada Jumaat.

Mangsa dikenali sebagai Haziq Ramli yang juga merupakan seorang pemain dram sedang menaiki motosikal berkuasa tinggi ketika melalui kilometer 98.4 di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) dekat Lanchang pada 4.25 petang.

Kejadian disyaki bermula apabila sebuah kenderaan pacuan empat roda (4×4) jenis Mitsubishi Triton memperlahankan kenderaan di laluan paling kanan gara-gara mahu mengelak seorang wanita yang sedang melintas jalan dari lorong kanan menuju lorong kiri lebuh raya.

WhatsApp Image 2024-04-26 at 23.08.41

Keadaan mangsa di atas jalan selepas berlakunya rempuhan. — Facebook

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh

0%