TULAR di media sosial mengenai kisah menyentuh hati sepasang suami isteri yang kehilangan motosikal akibat dicuri ketika menjalani pemeriksaan di sebuah hospital baru-baru ini.
Menerusi hantaran di media sosial, seorang lelaki, Nur Aizat yang tinggal di Subang, Selangor datang ke Hospital Selayang bagi melakukan pemeriksaan masalah jantung isterinya yang sedang hamil.
“Keluar dari hospital nak balik, motosikal dah tak ada kena curi. Kami terima ujian ni, mungkin lahir zuriat malaikat kecil ni… Rezeki kami luas,” katanya.