Viral

[VIDEO] Dipercayai berlumba haram, pemandu Satria Neo lari selepas terbabas di Senawang

TINDAKAN seorang pemandu yang dipercayai memandu secara melulu di Jalan Persiaran 1, Senawang, Negeri Sembilan pada pagi Ahad telah mencetuskan kemarahan warga maya selepas rakaman insiden tersebut tular di media sosial.

Video yang dimuat naik oleh laman Negeri Sembilan Kini di Facebook memaparkan sebuah kereta jenis Proton Satria dipandu dengan laju sebelum hilang kawalan dan terbabas ke laluan bertentangan dan melanggar sebuah Perodua Axia yang dinaiki lima individu.

Kejadian itu mencetuskan kebimbangan orang ramai apabila pemanduan berbahaya berkenaan boleh menyebabkan kemalangan serius kepada pengguna jalan raya lain yang mematuhi peraturan.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh

0%