Viral

[VIDEO] Dipercayai angkara lubang jalan, penunggang motosikal maut dilanggar treler dekat Klang

SEORANG penunggang motosikal maut apabila dipercayai terjatuh selepas terlanggar sebuah lubang sebelum dirempuh oleh sebuah treler dalam kemalangan di Meru, Klang, Selangor pada Sabtu.

Video mengenai insiden tersebut yang dirakam kamera litar tertutup (CCTV) di kedai berdekatan lokasi dikongsikan pelakon dan aktivis masyarakat, Lando Zawawi di Facebooknya.

Berdasarkan klip berdurasi 14 saat itu, mangsa dilihat secara tiba-tiba terjatuh ketika melalui satu persimpangan lampu isyarat sebelum difahamkan dilanggar treler yang turut menggunakan lorong terbabit.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh

Pengumuman

Portal Majoriti ditamatkan operasi berkuat kuasa 31 Januari 2026.
Pembaca boleh menikmati kandungan gaya hidup dan hiburan terkini melalui www.mstar.com.my, manakala pelbagai resipi dan kulinari boleh didapati di www.kuali.com.